Saturday 26 September 2020

INISIATIF PEMUPUKAN SEMANGAT PERPADUAN YANG PERLU DICONTOHI MASYARAKAT KINI


PERPADUAN MENCERMINKAN NEGARA

MALAYSIA TANAH AIR KU:- 


                                      

  

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.Semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai warganegara yang matang dan bertanggungjawab.


          1. Sambutan perayaan sesama kaum antara Melayu, Cina dan India 

 





           Perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa.


          2. Mengadakan rumah terbuka




 

        Amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi. Sehubungan dengan itu, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni.


          3. Aktiviti kemasyarakatan 


           

                                                 

             

 

              Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negatif masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong-royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.



         Antara aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan adalah seperti berikut:-

  - Senamrobik di kawasan taman perumahan

  - Menyertai larian amal yang dianjurkan

            - Mengadakan gotong-royong bersama jiran di kawasan taman perumahan


     

 

  Kesimpulannya, aspek utama yang perlu dititikberatkan ialah sikap hormat menghormati dan toleransi antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1 Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama untuk mendasari 1 Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu kelompok keluarga yang sangt besar. Oleh yang demikian, slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin keapda perpaduan rakyat di negara ini. Usaha yang paling penting untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara sesama kaum dapat diwujudkan tanpa timbulnya rasa curiga. Langkah ini memperepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum dinegara ini.


          PENGETAHUAN DAN IKTIBAR :-

             - semangat perpaduan perlu dipupuk sejak kecil lagi

             - peristiwa 13 Mei dapat menjadi gambaran menyeluruh tentang kepentingan                             perpaduan

             - negara Malaysia menjadi contoh terbaik

             - wawasan negara akan tercapai

             - generasi muda akan dapat mempelajari konsep perpaduan secara menyeluruh




SEMOGA BERMANFAAT


















SELAMAT MENONTON...
JANGAN LUPA UNTUK LIKE COMMENT AND SHARE

Dirangka : 
MUHAMMAD SYAWAL AMIRRUL (14DHF20F1022) 
MUHAMMAD AFIQ (14DHF20F1011) 
MUHAMMAD SAIFUL AMRI (14DHF20F1024)
Pensyarah:
EN. MOHD FAIZAL BIN MAT PESA








 

INISIATIF PEMUPUKAN SEMANGAT PERPADUAN YANG PERLU DICONTOHI MASYARAKAT KINI

PERPADUAN MENCERMINKAN NEGARA MALAYSIA TANAH AIR KU:-                                            Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan ...